Gunung Merapi kembali meletus 

Facebook
WhatsApp
Gunung Merapi memuntahkan lava ketika letusan yang dilihat dari kampung Srumbung di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat Indonesia meletus pada pagi Khamis, memuntahkan abu sehingga 800 meter ke udara, menurut Pusat Tebatan Bencana Vulkanologi dan Geologi, lapor Xinhua.

Letusan berlaku pada jam 8.54 pagi waktu tempatan, dengan abu tersebar ke timur dan timur laut kawah.

Penduduk sudah diberi amaran supaya mengelakkan aktiviti dalam radius jarak 4.5 kilometer dari kawah.

Mereka yang tinggal di sepanjang sungai yang berasal dari lereng gunung berapi turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar semasa hujan lebat.

Gunung Marapi adalah salah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia, terletak di Lingkaran Api Pasifik yang aktif secara seismik. – Bernama-Xinhua

10,158 iklan haram diturunkan di Miri

MIRI: Sebanyak 10,158 bahan iklan haram berjaya diturunkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) menerusi operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan