Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pilihan Raya Presiden AS: Trump makin hampiri kemenangan
  • GLOBAL

Pilihan Raya Presiden AS: Trump makin hampiri kemenangan

Utusan Sarawak 7 months ago

Orang ramai mengikuti keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2024 yang disiarkan melalui layar gergasi di Florida. - AFP.

WASHINGTON: Calon daripada Republikan, Donald Trump, semakin menghampiri kemenangan apabila mendahului saingan dengan membolot 243 undi elektoral berbanding 194 yang diperoleh pencabarnya mewakili Demokrat, Kamala Harris, dalam keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024, setakat ini.

Malah, bekas Presiden AS itu berjaya menguasai dua daripada tujuh negeri ‘medan tempur’ yang dijangka menjadi penentu keputusan pilihan raya kali ini, iaitu Carolina Utara dan Georgia yang masing-masing mempunyai 16 undi elektoral. 

Majoriti diperlukan untuk memenangi jawatan Presiden AS ialah 270 undi elektoral.

Lima lagi negeri ‘atas pagar’ yang sedang dalam proses pengiraan undi ialah Pennsylvania yang mempunyai 19 undi elektoral, Michigan (15), Arizona (11), Wisconsin (10) dan Nevada (enam).

Parti Republikan turut menguasai Senat, termasuk merampas dua kerusi, sekali gus menidakkan majoriti tipis Demokrat sebelum ini.

Jurucakap Trump, Jason Miller, berkata ‘mood’ kem parti itu adalah positif, manakala pasukan kempen Harris pula memaklumkan bahawa Naib Presiden AS itu dijangka tidak tampil untuk berucap di hadapan penyokongnya pada majlis yang dijadualkan lebih awal di Washington DC. – AFP

Continue Reading

Previous: Pilihan raya Presiden AS: Selebriti Hollywood turut mengundi Kamala
Next: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Donald Trump menang Pilihan Raya Presiden AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.