Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru rugi RM80,111 diperdaya sindiket pekerjaan sambilan
  • JENAYAH

Guru rugi RM80,111 diperdaya sindiket pekerjaan sambilan

Utusan Sarawak 7 months ago
Gambar hiasan

JEMPOL:Seorang guru mengalami kerugian RM80,111 selepas diperdaya sindiket penipuan pekerjaan sambilan tidak wujud di sebuah laman sosial baru-baru ini.

 Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 57 tahun itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 Sept lepas di Batu Kikir di sini.

Beliau berkata guru itu kemudiannya berurusan dengan seorang individu melalui Telegram, yang mengarahkan wanita berkenaan membuka satu akaun digital untuk semakan keuntungan selain perlu selesaikan beberapa tugasan bagi mendapatkan keuntungan.

“Bagaimanapun wanita itu perlu membuat beberapa pembayaran bagi meningkatkan jumlah mata hasil kerja tugasan. Guru wanita itu kemudian membuat 13 transaksi ke pelbagai akaun bank yang diberikan hingga mengalami kerugian RM80,111,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata ibu lima anak itu telah membuat transaksi terakhir RM5,000 pada 30 Okt sebelum sedar telah ditipu dan membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Hoo berkata setiap kali pengadu meminta mahu mengeluarkan wang, suspek memberikan pelbagai alasan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Operasi Samseng Jalanan: Polis Sibu keluarkan 66 saman  
Next: Penjawat awam di Sarikei terjebak, lesap RM58,800

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.