ATLET Para Sukma 2021 bakal meneruskan latihan dilapangan mulai Isnin hadapan setelah toga bulan berlatih sendiri di rumah akibat pandemik Covid-19.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah menyifatkan walaupun kini agak terlewat untuk memulakan latihan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama tiga bulan ini namun kontijen Sarawak perlu berkerja keras.
“Kita harus bekerja keras untuk mengekalkan kejuaraan kita kali ke-14 ini di Johor April tahunhadapqn,” katanya sambil mengakui tuan rumah adalah saingan utama Sarawak.
Bermula minggu hadapan juga jawatankusa akan mengenalpasti lokasi latihan akui Fatimah yang akan turun padang meninjau sama bagi menyuntik semangat atlet.
Menzahirkan kebimbangan bahawa loksi penempatan atlet sepatutnya di Kompleks Belia dan Sukan yang kini sebagai lokasi sarimgan Covid19, Fatimah mendedahkan pihaknya sedang berusaha mengenalpasti di mana lokasi sesuai sebagai ‘perkampungan’ para atlet di bandar raya ini.
“Kita mahu ada pusat latihan berpusat agar mudah untuk mereka berkumpul, bermalam serta bersama-sama menjalani latihan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis majlis Hari Gawai Raya Jabatan Wanita Keluarga Sarawak (JWKS) di Wisma Wanita semalam.
Mendedahkan kontijen Sarawak akan berentap untuk sebanyak 10 jenis sukan, Fatimah berkata ia merangkumi sukan renang, badminton, ping-pong, 10 pin bowling, Boccia, boling padang, Chess, memanah, angkat berat dan olahraga.
“Para atlet akan diarahkan mematuhi SOP yang dttetapkan sepanjang menjalani latihan bagi membendung kontak tubuh sesama mereka,” tegasnya.
Oleh Diyana Samsuddin