Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM serbu empat premis termasuk perniagaan fesyen dalam talian tempatan
  • NASIONAL

SPRM serbu empat premis termasuk perniagaan fesyen dalam talian tempatan

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain hari ini bagi membantu siasatan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Menerusi hantaran di laman TikTok rasmi SPRM, suruhanjaya itu memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan melibatkan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta.

Video selama 58 saat itu memaparkan anggota SPRM tiba di pejabat perniagaan fesyen dalam talian berkenaan di sini dan membuat pemeriksaan serta soal siasat.

Hantaran itu turut memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, namun tidak mendedahkan lokasi premis lain yang diserbu secara serentak hari ini.

Bernama sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai serbuan berkenaan.

Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB terhadap perniagaan fesyen dalam talian itu akan dijalankan secara adil dan profesional.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Struktur semula CAAM, beri peranan kepada Sabah, Sarawak tangani isu tiket mahal
Next: SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas Menteri dari DAP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.