Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool rampas kedudukan Liga Perdana daripada Manchester City
  • SUKAN

Liverpool rampas kedudukan Liga Perdana daripada Manchester City

Utusan Sarawak 7 months ago
PENYERANG Mesir #11 Liverpool Mohamed Salah menjaringkan gol kedua pasukan itu semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Brighton and Hove Albion di Anfield di Liverpool, barat laut England, awal pagi tadi. FotoAFP

ANKARA: Liverpool menewaskan Brighton & Hove Albion 2-1 untuk merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City, yang mengalami kekalahan pertama musim ini kepada Bournemouth awal pagi semalam, lapor Agensi Anadolu.

Pemain pertahanan Turkiye, Ferdi Kadioglu, memberi kelebihan kepada pasukan pelawat Brighton pada minit ke-14, namun Liverpool bangkit dalam perlawanan minggu ke-10 di Anfield.

Pemain Belanda, Cody Gakpo, menyamakan kedudukan dengan rembatan kaki kanan dari jarak jauh ke sudut kanan bawah pada minit ke-69, manakala bintang Mesir, Mohamed Salah, menjaringkan gol kemenangan untuk The Reds tiga minit kemudian.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan minggu ke-10, Bournemouth mengejutkan juara bertahan Manchester City dengan kemenangan 2-1 di Stadium Vitality.

Penyerang Inggeris, Antoine Semenyo, menjaringkan gol pertama pada minit ke-9, disusuli jaringan kedua oleh pemain Brazil, Evanilson, pada minit ke-64. Gol tunggal City hadir menerusi tandukan Josko Gvardiol pada minit ke-82.

Liverpool kini mengungguli carta dengan 25 mata, diikuti Manchester City dengan 23 mata. Brighton menghuni tangga ke-7 dengan 16 mata, manakala Bournemouth di kedudukan ke-8 dengan 15 mata. – Bernama – Anadolu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Salah lonjak Liverpool ke puncak liga
Next: Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.