Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komitmen masyarakat tingkatkan pendapatan keluarga
  • Utara
  • WILAYAH

Komitmen masyarakat tingkatkan pendapatan keluarga

Utusan Sarawak 7 months ago
SANTUNI MASYARAKAT… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri dan Awangku Jinal Abedin menyantuni masyarakat Kedayan di tapak Pesta Makan Tahun Kedayan Lawas.

LAWAS: Perayaan Pesta Makan Tahun Kedayan Lawas merupakan simbolik kepada semangat kerjasama dan komitmen masyarakat kampung untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pesta tersebut merupakan acara kebudayaan masyarakat Kedayan yang disambut selepas menuai padi setiap tahun.

“Upacara ini selalunya diadakan selepas menuai padi dan ini adalah sesuatu yang saya rasa penting dari segi simboliknya supaya kita akan sentiasa mempertingkatkan usaha dan komitmen kita untuk mengerjakan sesuatu yang boleh meningkat sumber pendapatan,” katanya ketika ditemui media selepas melawat tapak Pesta Makan Tahun Kedayan 2024 di Pusat Khidmat Mini Ulu Merapok semalam.

MAKANAN TRADISI… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menunjukkan kuih celorot merupakan kuih tradisional terkenal di Utara Sarawak.

Katanya, Premier Sarawak telah memberi penekanan meningkatkan produktiviti pengeluaran padi melalui projek perintis tanaman padi besar-besaran di Gedong.

“Daerah Limbang, Lawas dan Miri merupakan kawasan Utara Sarawak yang telah dikenal pasti untuk mengembangkan projek penanaman padi Sarawak.

“Setakat ini kerajaan sedang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk projek mega ini khususnya dalam aspek pengairan dan saliran yang lebih sistematik untuk Miri, Limbang dan Lawas,” jelasnya.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir bersama isteri Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Setiausaha Politik kepada Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Presiden Persatuan Kedayan Lawas Haris Majid, Temenggong Rosli Majid dan kenamaan lain.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sukan akuatik Sarawak terus dipertingkatkan
Next: Masuk universiti tanpa bergantung sistem kuota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.