Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suasana meriah warnai hari kedua Sarawak Regata 2024
  • TEMPATAN

Suasana meriah warnai hari kedua Sarawak Regata 2024

Utusan Sarawak 7 months ago
PENUH DEBARAN… Sarawak Regata 2024 meneruskan hari kedua dengan perlumbaan yang penuh debaran.

KUCHING: Sarawak Regata 2024 meneruskan hari kedua dengan perlumbaan yang penuh debaran, menarik ribuan pengunjung ke Tebingan Sungai Kuching.

Orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut seawal 8.00 pagi untuk menyaksikan acara perlumbaan yang dinanti-nantikan, khususnya perlumbaan akhir pada sebelah petang.

MERIAH… Sarawak Regata 2024 menarik ribuan pengunjung ke Tebingan Sungai Kuching.

Antara acara yang paling ditunggu adalah Perahu Kenyalang 20-Pendayung Campuran pada 3.15 petang dan Perahu Kenyalang 20-Pendayung Lelaki (IPTA/IPTS) pada 3.45 petang nanti.

Sebanyak 12 pusingan saringan dan 2 pusingan akhir berlangsung hari ini, melibatkan kategori tempatan dan terbuka, dengan lapan perlumbaan diadakan pada sesi pagi dan enam lagi pada sesi petang.

Esok merupakan kemuncak Sarawak Regata 2024, dengan 14 perlumbaan akhir yang bakal menggamatkan suasana.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir untuk memeriahkan acara esok. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: YKN gerak inisiatif bilik kasih wanita – Nancy
Next: Tingkatkan kesedaran jenayah seksual terhadap kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.