Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP Tanjong Batu adakan Mesyuarat Agung Tahunan Ahad ini
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP Tanjong Batu adakan Mesyuarat Agung Tahunan Ahad ini

Utusan Sarawak 7 months ago
JOHNNY Pang memberikan kenyataan pada sidang media mengenai AGM SUPP Cawangan Tanjong Batu.

BINTULU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjong Batu bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (TGM) dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Pemuda dan Wanita SUPP Bintulu untuk penggal 2025-2027.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, acara penting itu  akan berlangsung Ahad ini di Kemena Plaza Hotel.

Menurutnya, mesyuarat itu adalah langkah strategik bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang kukuh dalam SUPP, terutama dalam usaha memperkasakan penglibatan golongan muda dan wanita dalam kepimpinan tempatan.

“Terima kasih kepada semua ahli yang memberikan sokongan dan komitmen terhadap proses ini.

“Dengan pemilihan ini, kami berharap dapat terus bergerak maju demi kepentingan rakyat dan masa depan yang lebih baik di Bintulu,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di sini, hari ini.

Johnny turut mengajak semua ahli SUPP Tanjong Batu untuk hadir dan menyokong acara tersebut bagi memastikan kelangsungan kepimpinan parti yang dinamik dan responsif terhadap keperluan komuniti.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntuk RM20 juta untuk pembangunan Kampung Jerijeh  
Next: Penganjuran 10 aktiviti bakal meriahkan Karnival Belia DUN Lingga 22 – 24 November ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.