Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Peru luluskan kemasukan anggota tentera AS, bantu keselamatan sidang kemuncak APEC
  • GLOBAL

Peru luluskan kemasukan anggota tentera AS, bantu keselamatan sidang kemuncak APEC

Utusan Sarawak 7 months ago
PRESIDEN Dina Boluarte

LIMA: Kongres Peru semalam meluluskan permintaan Presiden Dina Boluarte untuk membenarkan anggota tentera Amerika Syarikat memasuki negara itu bagi membantu keselamatan sempena sidang kemuncak pemimpin-pemimpin APEC yang akan datang, lapor Xinhua.

Kongres telah meluluskan undian dengan keputusan 63-23, dengan tujuh berkecuali untuk membenarkan 600 anggota tentera bersenjata AS memasuki Peru dari 4 hingga 24 November bagi memberikan sokongan pentadbiran, logistik dan keselamatan kepada Presiden AS Joe Biden semasa mesyuarat APEC 2024.

Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 16 November di bandar-bandar Peru seperti Lima, Pisco dan Chiclayo.

Pasukan AS akan memasuki Peru dengan helikopter, senjata dan peralatan lain. Kos akan ditanggung oleh Jabatan Pertahanan AS dan tidak akan melibatkan perbelanjaan tambahan untuk Peru.

Kebenaran ini sama sekali tidak menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah Peru, serta tidak melibatkan pemasangan pangkalan tentera asing, ujar Adriana Tudela, presiden Suruhanjaya Pertahanan Negara kongres. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
Next: Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal menjelang pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.