LAWAS: Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Ustaz Hamdan Jar’ee menasihati ibu dan bapa kepada anak-anak kurang upaya untuk menghargai anugerah Allah berupa anak kepada keluarga.
Anak-anak istimewa ini memerlukan perhatian penuh keluarga dan masyarakat agar mereka mampu mendepani cabaran yang dihadapi.
“Hubungan rohani anak-anak dan ibu bapa itu penting dalam menjaga anugerah Allah dengan sebaiknya.
“JAKIM akan terus menyantuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan warga orang kurang upaya (OKU) mengikut kemampuan yang ada sebagai usaha mendekati masyarakat,” katanya pada program Ziarah Madani JAKIM Sarawak di PPDK Lawas, hari ini.
Hadir sama Penyelaras PPDK Lawas Awang@Ibrahim Ahmad, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Lawas Ustaz Sheikh Hadrei Adam Badeli, wakil Perkim Cawangan Lawas Ramlah Abdul Hamid dan jemputan yang lain.
Ustaz Hamdan sehubungan itu berharap lebih ramai lagi badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat dapat terus menghulur sumbangan kepada PPDK Lawas.
Oleh Adeng Edrus