KUCHING: Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Sarawak, Swady Guliling, menghadiri majlis sempena meraikan dua anggota Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Sarawak yang bakal bersara di sini, semalam.
Dua anggota tersebut ialah Parno Salamat, Jurufoto di Bahagian Visual dan Senireka dan beliau telah berkhidmat selama 39 tahun manakala Habibah Mansor, Pembantu Tadbir yang juga bertugas di bahagian yang sama telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
Parno dan Habibah bakal menamatkan perkhidmatan masing-masing pada 15 Ogos 2020 dan 6 Julai 2020.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JaPen Malaysia, Sarawak, Aziz Abdul Rahman.