Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksesais Haringaroo perkukuh sinergi pertahanan Malaysia, Australia
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksesais Haringaroo perkukuh sinergi pertahanan Malaysia, Australia

Utusan Sarawak 7 months ago
SEKITAR lawatan PMT TD, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi ke lokasi pelaksanaan eksesais, semalam.

SIBU: Pelaksanaan Eksesais Haringaroo Siri 74/2024 di Sibu dijangka akan memperkukuhkan lagi sinergi pertahanan antara Malaysia dan Australia dalam usaha memperkukuh keselamatan serantau.

Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi berkata, eksesais ini adalah platform strategik yang penting untuk meningkatkan tahap interoperabiliti dan mempererat hubungan dua hala antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Australia.

KOMITMEN tinggi terhadap aspek kesiapsiagaan, atur gerak, dan mobiliti antara ketumbukan tentera kedua-dua negara bagi memastikan keselamatan serantau terjamin.

“Ia merupakan katalis untuk pertukaran kepakaran dan meningkatkan profesionalisme dalam menghadapi cabaran keselamatan global, khususnya di wilayah Sarawak dan Sabah,” katanya ketika lawatan beliau bersama Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun ke lokasi pelaksanaan eksesais, semalam.

Beliau turut menekankan komitmen tinggi terhadap aspek kesiapsiagaan, atur gerak, dan mobiliti antara ketumbukan tentera kedua-dua negara bagi memastikan keselamatan serantau terjamin.

“Pelaksanaan latihan ini menunjukkan kesiagaan ATM, khususnya Tentera Darat Malaysia, dalam atur erak operasi berskala besar sejajar dengan spektrum ancaman geostrategik serantau.

“Ia juga memperkasa latihan bersepadu dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan dan kedaulatan wilayah Sarawak dan Sabah,” tambahnya.

Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Leftenan Kolonel Majani Japon, yang memperincikan mekanisme atur gerak latihan medan yang berlangsung bermula 22 hingga 27 Oktober di kawasan Stapang-Nanga Sekuau.

Selain itu, PMT TD turut berinteraksi dengan anggota 3 RRD dan Rifle Company Butterworth – Tentera Darat Australia (RCB – TDA) bagi menilai pelaksanaan prosedur, konfigurasi, dan pencapaian objektif eksesais tersebut.

Beliau juga melawat Hospital Medan yang dikendalikan oleh Batalion Pertama Perubatan di Markas Kawalan 9 Briged, yang menekankan kepentingan elemen perubatan di lapangan.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 54 kanak-kanak PASTI Imtiaz 2 sertai latihan KBoC
Next: Warga emas hilang lapan jam, ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.