Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Generasi muda seperti Cimal, memastikan alat muzik tradisional kekal ‘hidup’
  • TEMPATAN

Generasi muda seperti Cimal, memastikan alat muzik tradisional kekal ‘hidup’

Utusan Sarawak 7 months ago
MASIH BELAJAR… Mohd Ikhmal Hakim menunjukkan cara dia bermain alat muzik tradisional, selingut

KUCHING: Minat dan komitmen golongan muda dalam mempromosikan warisan turun temurun merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan alat muzik tradisional kekal ‘hidup’.

Salah seorang pemain sape dari Belaga, Mohd Ikhmal Hakim, 18, berkata, dia mula jatuh cinta terhadap alat muzik tradisional Orang Ulu itu (sape) apabila menyaksikan persembahan pemain sape semasa Festival Menuai pada 2017.

“Saya tertarik dengan alunan melodi indah yang dihasilkan oleh alat muzik itu dan cara mereka bermainnya di atas pentas pada ketika itu.

“Sejak itu, saya mula mencari info berkenaan sape dan mula mempelajarinya termasuk sejarah dan cara bermain menerusi Youtube,” katanya memulakan cerita.

Jejaka kacukan tiga bangsa iaitu Iban, Melayu dan Sekapan itu berkata minat yang mendalam itu kemudiannya mendorong dia untuk aktif menyertai ekspo dan program berkaitan instrumen muzik tersebut.

Jelasnya yang lebih mesra dipanggil Cimal, dia turut terpanggil untuk bersama-sama pihak berkaitan mempromosikan alat muzik itu sebagai usaha memperkenalkannya kepada dunia luar.

“Oleh kerana saya berasal dari etnik minoriti di Sarawak iaitu Sekapan, saya mahu orang luar mengenali kami termasuk juga alat muzik tradisional yang dihasilkan.

“Saya percaya komitmen berterusan dalam penganjuran program seperti ini akan memberi banyak manfaat kepada pelbagai golongan terutamanya anak-anak muda,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak semasa ekspo ‘Sape Serenity, Rhythm That Unites’ di pusat beli belah Plaza Merdeka.

Cimal yang sudah mempelajari sape itu sejak lapan tahun yang lalu mengakui dia memperuntukkan masa sebanyak sekurang-kurangnya sejam untuk bermain instrumen itu.

Dalam pada itu, katanya dia pada masa ini turut mempelajari alat muzik tradisional yang lain seperti selingut.

“Saya masih belum mahir bermain selingut namun, saya tidak berputus ada untuk mempelajarinya kerana ia dapat mengasah bakat saya dalam bermain alat muzik tradisional,” tambahnya.

Oleh Rynna Sha’erra 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 112 usahawan sertai Festival Kraf Borneo 2024
Next: Bank Pembangunan Malaysia Berhad serah zakat berjumlah RM525,200 kepada TBS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.