Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
  • GLOBAL

Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico

Utusan Sarawak 7 months ago
PENDUDUK di Cuba beratur dalam keadaan gelap untuk mendapatkan roti pada hari kedua pemadaman bekalan elektrik di seluruh negara di Havana pada 19 Oktober 2024. Taufan Oscar dijadualkan melanda pulau Cuba dengan segera, dengan risiko memberi kesan lebih lanjut kepada penduduk, yang sedang menghabiskan malam kedua tanpa elektrik akibat pemadaman besar-besaran. Foto AFP

WASHINGTON: Dua ribut tropika baharu dinamakan pada Sabtu dan satu daripadanya berubah menjadi taufan ketika musim ribut 2024 terus melanda Atlantik, Caribbean dan Teluk Mexico, lapor United Press International (UPI).

Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan dengan kelajuan maksimum 80 mph, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

Taufan Oscar bergerak ke arah barat pada kelajuan 12 mph dan terletak kira-kira 160 batu di timur-tenggara Bahamas.

Kerajaan Bahamas mengeluarkan amaran taufan untuk Kepulauan Turks dan Caicos serta kawasan tenggara Bahamas.

Sementara itu, kerajaan Cuba mengeluarkan amaran berjaga-jaga untuk wilayah Guantanamo, Holguin dan Las Tunas.

Agensi itu turut menjejaki Ribut Tropika Nadine, yang terletak 20 batu di barat laut Belize City dan 65 batu di barat daya Chetumal, Mexico, setakat 2 petang waktu tempatan.

Nadine berkelajuan maksimum 50 mph dan sedang bergerak ke arah barat pada kelajuan lapan mph.

Nadine berpotensi menyebabkan banjir kilat dan mencetuskan amaran ribut di sepanjang sebahagian pantai Belize dan Semenanjung Yucatan, Mexico.

Setakat ini, 13 ribut direkodkan dengan sembilan daripadanya berkembang menjadi taufan.

Taufan Helene yang melanda pada 26 September menyebabkan kemusnahan dan kematian yang meluas di sebahagian besar tenggara Amerika Syarikat manakala Milton pada 9 Oktober merentasi Florida dari barat ke timur. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Prabowo Subianto angkat sumpah jawatan sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2024 – 2029
Next: 190 tawanan dibebaskan, susulan usaha perantaraan kesembilan UAE antara Rusia, Ukraine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.