Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Spurs bangkit tewaskan West Ham
  • SUKAN

Spurs bangkit tewaskan West Ham

Utusan Sarawak 7 months ago

Heung-Min ledak gol keempat Spurs ketika menewaskan West Ham. - Foto AFP

LONDON: Tottenham bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan West Ham 4-1 dengan kejayaan itu berjaya mengubati luka kekecewaan mereka tewas kepada Brighton.

Kemenangan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana membawa pasukan Ange Postecoglou ke tangga keenam dalam carta sebelum perlawanan seterusnya, tetapi memberikan tekanan besar kepada jurulatih baru West Ham, Julen Lopetegui.

Kemenangan untuk Spurs itu hadir selepas mereka mensia-sia kelebihan 2-0 sebelum tewas 2-3 kepada Brighton dalam perlawanan liga terakhir sebelum rehat antarabangsa.

Pemain sayap Hammers, Mohammed Kudus menjaringkan gol pembukaan perlawanan hasil dari hantaran lintang Jarrod Bowen pada minit ke-18 selepas terlepas peluang yang sama beberapa saat sebelum itu.

Pemain tengah Dejan Kulusevski bagaimanapun memberikan Spurs gol penyamaan minit ke-36.

Namun dengan Spurs sudah mendominasi separuh masa pertama, mereka meningkatkan permainan ke tahap lebih tinggi selepas rehat apabila James Maddison digantikan oleh Pape Matar Sarr.

Yves Bissouma kemudiannya menyudahkan hantaran Destiny Udogie untuk meletakkan Spurs di depan.

Alphonse Areola yang bertindak cuba menghalang percubaan Son Heung-min namun akhirnya menjaringkan gol sendiri apabila bolanya melantun masuk ke gawang.

Heung-min kemudiannya menjaringkan gol lima minit kemudian selepas Hammers gagal mengeluarkan bola dengan kemas.

Keputusan itu hasil daripada permainan menyerang Spurs yang mengagumkan di separuh masa kedua yang belajar daripada pengalaman selepas mensia-siakan pendahuluan 2-0 di Brighton sebelum rehat antarabangsa.

Mereka tewas dalam perlawanan itu 3-2 di Stadium Amex dengan Ange Postecoglou menggambarkan persembahan itu adalah “kekalahan terburuknya” sejak menjadi pengurus Spurs musim panas lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka Denmark
Next: Ten Hag mampu tersenyum lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.