Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas hilang di kebun belum ditemukan
  • KEMALANGAN

Warga emas hilang di kebun belum ditemukan

Utusan Sarawak 7 months ago

Anggota SAR masih gagal menemukan sebarang petunjuk penemuan seorang warga emas yang dipercayai hilang di kawasan kebun dekat Rumah Frederick Juan, Kumpai Krian, sejak petang Khamis lalu.

KRIAN: Hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai hilang di kawasan kebun dekat Rumah Frederick Juan, Kumpai Krian, sejak petang Khamis lalu masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dijumpai sehingga hari ini.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata SAR yang telah memasuki hari kedua hari ini telah diperluaskan sehingga 1 kilometer (km) dari mangsa kali terakhir dilihat.

“Hari ini, operasi SAR yang memasuki hari kedua telah diperluaskan sehingga 1km selepas dilancarkan pada pagi Jumaat.

“Petugas SAR bagaimanapun terus buntu dengan tiada sebarang petunjuk bagi menemui mangsa walaupun dengan bantuan beberapa agensi penyelamat dan penduduk kampung,” katanya.

Muhammad Rais berkata mangsa semasa kejadian dikatakan menggunakan kemeja-T berwarna putih dan berseluar pendek. 

“SAR pada hari ini diperkuatkan seramai tujuh anggota bomba, tiga anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan dibantu seramai 15 penduduk kampung, namun masih gagal menemui sebarang petunjuk penemuan mangsa,” katanya.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 6.40 petang Khamis lalu bagi bantuan mencari mangsa.

Continue Reading

Previous: Bot karam: Khairul baru seminggu bertunang
Next: Bot karam: Khidmat anjing pengesan ‘Bella’, helikopter PGU diguna esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.