Bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, RM250 kepada pesara

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada penjawat awam dan RM250 untuk pesara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini berkata bantuan itu akan disalurkan pada Februari 2025.

“Bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250,” katanya.– BERNAMA

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam