Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 12,000 benih ikan siakap dilepaskan di Muara Tebas
  • TEMPATAN

12,000 benih ikan siakap dilepaskan di Muara Tebas

Utusan Sarawak 8 months ago

LEPASKAN... Datuk Hazland Abang Hipni melepaskan benih ikan Siakap di Muara Tebas. 

KUCHING: Sarawak terus mempergiatkan usaha menjaga kelestarian ekosistem perairannya dengan melepaskan sebanyak 12,000 benih ikan siakap di Muara Tebas. 

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Hazland Abang Hipni, program pelepasan benih ini merupakan inisiatif pertama seumpamanya di kampung Muara Tebas.

“Ini adalah langkah lanjutan daripada program yang diadakan di Terminal Bako pada 2018 dengan melepaskan antara 10,000 hingga 12,000 benih ikan.

“Program ini adalah salah satu sumbangan Kerajaan Persekutuan melalui bantuan kepada Sarawak, termasuk pelesenan 217 vesel kelas A dan 73 vesel daripadanya telah diluluskan dan 40 memperoleh sijil hari ini.

“Majoriti vesel ini digunakan oleh nelayan tradisional di zon perairan A, dan ia penting untuk menjaga sumber perikanan kita yang semakin sensitif. Ini termasuk kawasan pembiakan dan tumbesaran ikan yang terpelihara untuk memastikan ia berterusan dan mampan,” katanya.

Hazland turut menyatakan, benih ikan yang dilepaskan dijangka akan membesar dalam tempoh enam bulan, dengan harapan ia dapat menjadi sumber rezeki kepada nelayan setempat di kawasan Muara Tebas. 

Program ini, katanya, turut melibatkan penyerahan sijil penyertaan kursus serta lesen sampan khas kepada para nelayan yang berdaftar.

Beliau menggesa agar semua nelayan terus memainkan peranan penting dalam menjaga sumber perikanan agar ia kekal terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Selain itu, Hazland turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Kelab Rekreasi Nelayan setempat sebagai tanda sokongan kepada aktiviti komuniti tersebut.

Continue Reading

Previous: Belia disaran ceburi sektor kemahiran teknikal
Next: STA anjur kursus pelantikan semula Renjer Hidupan Liar Kehormat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.