SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Jalan Tapang di sini terkejut apabila ternampak seekor biawak dalam tandas rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah tersebut sekitar jam 6.48 petang semalam.
“Respon dengan panggilan kecemasan dari penghuni rumah, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor biawak berukuran lebih kurang dua kaki panjang berada dalam tandas,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, anggota bomba menangkap biawak menggunakan alat penjerut.
“Setelah berjaya ditangkap, biawak dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam.
“Khidmat khas menangkap biawak selesai sepenuhnya jam 7.00 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek