MIRI: Penghawa dingin di bangunan syarikat minyak dan gas di Lutong, di sini terbakar awal pagi tadi.
Bagaimanapun kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pemercik air.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.18 pagi.
“Setibanya di tempat kejadian, pasukan operasi mendapati kepulan asap keluar dari bangunan tersebut
“Pasukan bomba naik ke tingkat dua, dan didapati satu unit penghawa dingin terbakar dan telah padam sepenuhnya oleh sistem pemercik air yang terdapat di bangunan.
“Tiada operasi dijalankan,” katanya di sini.
Henry berkata, pasukan bomba bertindak membuka semua tingkap di tingkat dua untuk mengeluarkan asap dengan bantuan lima anggota polis bantuan Petronas dan lapan kakitangannya.