Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemandu selamat, lori terbakar
  • TEMPATAN

Pemandu selamat, lori terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
OPERASI… Anggota bomba memadamkan kebakaran pada tayar lori simen.

BETONG: Seorang pemandu mengalami detik cemas setelah sebuah lori 10 tan yang membawa muatan simen yang dipandunya itu telah terbakar keempat-empat tayar di sebelah kiri di simpang Layar di sini, petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK I Henry Ak Jugah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 6.17 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota yang diketuai oleh Henry bersama unit Perkhimatan Penyelamat Kecemasan Medikal (EMRS) bergerak ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba bertindak memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya.

“Mujur anggota bomba cepat sampai sebelum api merebak ke bahagian lain,” katanya kepada media dekat sini semalam.

Henry mengesahkan kebakaran hanya memusnahkan 30 peratus daripada keseluruhan lori, dan pemandu selamat.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, jentera bersama anggota berangkat balik ke balai, operasi ditamatkan pada 7.13 malam,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran terima bantuan
Next: Solat Jumaat berjemaah kini kembali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.