BINTULU: Kumpulan RPR Kidurong Fasa 1 dari Kolej Vokasional (KV) Bintulu dinobatkan sebagai johan kategori teknologi melalui ciptaan Smart Distribution Board 2.0 dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Borneo (BIIIC) 2024 yang berlangsung di Boulevard di sini hari ini.
Naib johan pula dimenangi oleh Kumpulan Areca dari KPJ Healthcare University dengan ciptaan ‘Antifungal Cream from Betel Nut’.
Tempat ketiga pula diraih oleh Kumpulan Sustainable Materials-TARUMT dari Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology dengan inovasi ‘Sustainable Development of Palm Kernel Shell and Coconut Shell for Concrete Wall Pane.
Bagi kategori bukan teknologi, johan disandang oleh Kumpulan Bloom and Bliss dari KV Bintulu dengan produk Bloom and Bliss Muscle Pain Body Oil.
Naib johan dimenangi Kumpulan M.E.W dari KV Matang melalui ciptaan De’Lamo Krim Badan Teh Hijau, sementara tempat ketiga diraih oleh Kumpulan KV Kuber 2 dari KV Kuala Berang dengan inovasi Beg Penyimpanan Alatan Jahit.
Dalam kategori pengajaran dan pembelajaran, johan disandang oleh Kumpulan Ezymaker dari KV Bintulu dengan ciptaan Magnetic Block Circuits.
Naib johan diraih oleh Kumpulan Solar Synergy, juga dari KV Bintulu, melalui inovasi Kit Pembelajaran Panel Solar, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan SetQuanta dari KV Miri dengan ciptaan SetQuanta.
Sementara itu, kategori STEM menyaksikan kemenangan Kumpulan Smart Safety Window dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dengan inovasi I-SMART Power Window Safety System sebagai johan.
Naib johan disandang oleh Kumpulan Seputra dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Seri Putra dengan ciptaan Filem Plastik Pembungkus Makanan Terbiodegrasi, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Planet Protectors dari SK Air Putih dengan inovasi Planet Protectors.
Pertandingan BIIIC 2.0 ini diadakan sebagai platform untuk memupuk inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar di Sarawak, selaras dengan usaha menyokong pembangunan ekonomi negeri menjelang tahun 2030.