Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 jemaah solat patuhi SOP
  • TEMPATAN

50 jemaah solat patuhi SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN SUHU…ahli jawatan kuasa Masjid Besar Darul Ma’amur Lawas memeriksa suhu dan mendaftar nama jemaah sebelum memasuki dewan solat.

LAWAS: Seramai 50 jemaah yang mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Darul Ma’amur Lawas semalam  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.

Ke semua  50 jemaah yang  terawal hadir ke masjid daerah   dibenarkan  menunaikan solat turut menulis nama,  memakai pelitup mulut serta melakukan pemeriksaan  suhu sebelum memasuki masjid.

Pihak Polis dan anggota RELA dilihat mengawal pintu masuk utama masjid dan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh jawatan kuasa masjid bersama dengan pendaftaran jemaah yang hadir.

Keputusan Sarawak  membenarkan solat Jumaat masjid dan surau seluruh negeri mulai semalam   dengan jumlah jemaah yang dihadkan dibuat   selepas Kerajaan Pusat mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .

Sementara itu di Limbang, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Limbang turut  membuat pemantauan di semua masjid dan surau bagi memastikan SOP dipatuhi.

Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim  Awang Rosely berkata setakat ini jemaah yang menunaikan Solat Jumaat semalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya terdapat surau  yang belum beroperasi kerana perlu menyediakan peralatan dan kemudahan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan  seperti menyediakan  alat pengimbas suhu sebelum aktiviti berjemaah dan solat lima waktu dilakukan di surau.

Bagaimanapun bagi surau yang sudah  beroperasi JAIS meminta agar  kadar pematuhan SOP   dipertingkatkan lagi termasuk memakai   pelitup mulut dan sebagainya.

Sebelum ini JAIS turut mengeluarkan garis panduan bagi umat Islam yang menunai solat di masjid serta surau antaranya jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah sebelum pergi ke masjid atau surau, membawa sejadah sendiri atau alas sujud dan menggunakan pelitup muka sepanjang berada di masjid atau surau.

Pada masa yang sama, ramai jemaah yang terlepas daripada menunaikan solat Jumaat minggu ini berharap pihak JAIS dapat memberi kelonggaran jumlah jemaah mengikut keluasan masjid.

Bagi Masjid Besar Darul Ma’amur Lawas, jumlah jemaah yang mampu di muatkan mengikut penjarakan dan SOP adalah lima ratus orang untuk tingkat bawah dan dua ratus orang di tingkat atas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kembali ceriakan kampung
Next: PGPB santuni 242 warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.