Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Northport catat rekod baharu kendali 52,480 FWT kargo keluli
  • BISNES

Northport catat rekod baharu kendali 52,480 FWT kargo keluli

Utusan Sarawak 8 months ago
KARGO keluli terus menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan prestasi kargo konvensional Northport.

KUALA LUMPUR: Northport (Malaysia) Bhd, ahli Kumpulan MMC, sekali lagi mencipta rekod baharu bagi pengendalian tertinggi untuk kargo pukal dari sebuah kapal, mengatasi pencapaian yang dicatatkan pada Mac lepas.

Menurut Northport dalam kenyataan hari ini, ia telah mengendalikan 52,480 tan berat muatan (FWT) kargo keluli dari sebuah kapal kargo konvensional, MV African Blackbird.

Operasi pengendalian ini bermula dari 14 hingga 17 September 2024, selama sembilan syif bekerja.

Rekod sebelum ini sebanyak 48,853 FWT dari kapal MV Jin Chao.

“Komitmen kami terhadap penambahbaikan berterusan, inovasi dan pelaburan dalam kemudahan pelabuhan yang terkini telah membolehkan kami mencapai tahap prestasi dan kecekapan yang lebih baik dalam pengendalian kargo,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Northport Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

Antara Januari dan Ogos 2024, Northport telah mengendalikan sejumlah 8,174,028 FWT kargo konvensional, iaitu pertumbuhan kukuh sebanyak 15.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Kargo keluli terus menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan prestasi kargo konvensional Northport, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap produk keluli pada harga kompetitif.

Bulan lepas, Northport telah memecahkan rekod kendalian bulanan kargo konvensional dengan mengendalikan sejumlah 1,145,021 FWT, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 1,143,318 FWT yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Ini termasuk pengendalian dua set aerotrain baharu untuk operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah dikendalikan di Northport pada 28 Ogos lepas.

“Prestasi kukuh Northport setakat ini telah meletakkan syarikat pada kedudukan yang baik untuk mengakhiri tahun 2024 dengan cemerlang dan berpotensi menjadikan tahun ini sebagai antara tahun terbaik untuk segmen perniagaan kargo konvensionalnya,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia ditutup tinggi
Next: Perbezaan harga iPhone 16 di Malaysia berbanding AS dan Singapura buat pembeli fikir panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.