Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing disyaki edar dadah ditahan
  • JENAYAH

Warga asing disyaki edar dadah ditahan

Utusan Sarawak 8 months ago

BINTULU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Pedada di sini semalam kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas dadah jenis Syabu dengan berat kasar dianggarkan 5.1 gram.

Menurutnya, dadah tersebut dipercayai untuk pengedaran di kawasan Kemena dan Ulu Sebauh, serta boleh digunakan oleh 15 hingga 20 orang penagih.

“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana penyalahgunaan dadah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Nixon memberitahu, kejayaan tangkapan itu merupakan sebahagian usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di Daerah Bintulu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta untuk melaporkannya kepada Bilik Gerakan PDRM Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tiga suspek utama kes rompakan kedai 24 jam dicekup polis
Next: Polis lupus barangan berkaitan dadah, racun bernilai RM2.6 juta 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.