Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sistem Bank Rakyat kekal selamat
  • BISNES

Sistem Bank Rakyat kekal selamat

Utusan Sarawak 8 months ago

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menegaskan bahawa sistem perbankan mereka kekal selamat dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan susulan dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Rakyat memaklumkan bahawa mereka memandang serius kebimbangan yang timbul daripada dakwaan tersebut dan komited terhadap ketelusan, selain terus menambah baik daya tahan operasi untuk memastikan perkhidmatan perbankan kekal kondusif serta selamat.

“Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan menerusi pembangunan teknologi secara berterusan bagi terus mempertingkatkan kekukuhan dan menambah baik daya tahan operasi.

“Ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat untuk pelanggan kami,” menurut kenyataan itu. 

Bank Rakyat juga telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi pelanggan secara individu menerusi surat dan sistem pesanan ringkas (SMS), di samping meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan siber.

Selain itu, insiden berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan Bank Rakyat memberi jaminan bahawa semua operasi perniagaan berjalan seperti biasa dengan integriti serta keselamatan perbankan kekal menjadi keutamaan.

Pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan diminta segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-800-800 atau 03-5526-9200 serta Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: India naikkan cukai import minyak sawit, minyak makan lain sebanyak 20 peratus
Next: Ringgit di paras tertinggi 20 bulan, 4.2535 berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.