Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU, MBKS gabung tenaga adakan perarakan 2025
  • TEMPATAN

DBKU, MBKS gabung tenaga adakan perarakan 2025

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengadakan Perarakan Bandaraya Kuching pada tahun depan. 

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata, beliau telah berbincang dengan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng untuk bekerjasama dalam menganjurkan acara tersebut sempena Festival Kuching. 

“Sudah tentu kami akan bekerjasama dengan persatuan untuk menganjurkan acara penting ini bagi Festival Kuching tahun hadapan.

“Sekarang, anda dapat melihat kanak-kanak yang comel dan berbakat akan diketengahkan dalam perarakan jalanan sempena Festival Kuching tahun hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Perarakan Tanglung Kreatif di Tebingan Kuching, malam tadi. 

Mengenai perarakan tanglung kreatif, Hilmy menjelaskan bahawa perayaan seperti ini memainkan peranan penting dalam memelihara identiti budaya kita.

“Ia mengingatkan kita tentang nilai-nilai, cerita, dan tradisi yang telah membentuk masyarakat kita dan terus membimbing kita ke hadapan,” katanya. 

Perarakan itu juga menyaksikan lebih 1,500 peserta pelbagai etnik memberikan persembahan yang menarik dan kreatif. 

Turut hadir, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia, Tan Sri Dr. Goh Tian Chuan; Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sarawak, Dato Richard Wee Liang Huat; Pengerusi Penganjur Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-39 2024, Dato Wong King Hoong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki. 

Oleh Mohd Neenatul Aiza

Continue Reading

Previous: Kembara Kasih: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di Sarawak 
Next: Kembara Hari Malaysia OUM disertai 80 peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.