Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba ambil masa 25 minit bersihkan tumpahan merkuri
  • WILAYAH

Bomba ambil masa 25 minit bersihkan tumpahan merkuri

Utusan Sarawak 8 months ago
ANGGOTA bomba sedang membersihkan tumpahan merkuri di tempat letak kenderaan Pejabat Hydro Batang Ai Lubuk Antu, hari ini.

LUBOK ANTU: Anggota bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk membersihkan tumpahan merkuri di tempat letak kenderaan Pejabat Hydro Batang Ai Lubuk Antu di sini, hari ini.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menerima panggilan berhubung tumpahan merkuri sekitar 12.27 tengah hari.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati benar laporan tumpahan merkuri di kawasan luar premis di tempat letak kenderaan.

“Pasukan bomba lengkap pakaian operasi dan memakai alat pernafasan bertindak menabur serbuk belerang ke kawasan terjejas supaya diserap oleh cecair merkuri dan membiarkan selama 15 minit.

“Setelah merkuri diserap, anggota bomba memasukan serbuk belerang ke dalam plastik dan ditutup rapat serta membersihkan kawasan tumpahan dengan cecair klorox,” katanya.

Muhammad Rais berkata, sisa tumpahan telah diserahkan kepada kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk tujuan pelupusan oleh pihak berwajib.

“Anggota bomba hanya mengambil masa kira-kira 25 minit untuk membersihkan tumpahan merkuri tersebut dan operasi tamat pada 2.20 petang,” katanya.

Seramai sembilan anggota yang terlibat dalam operasi hari ini, diketuai Komander Oeprasi, PBK II Edwin Jonani.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 43 pelajar Politeknik Metro Betong sertai Ujian Penilaian Kawad Kaki PISPA
Next: Sejumlah 100 bahan terbitan diedar kepada penduduk Rumah Rebi Remaw, Stumbin B

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.