Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penyertaan Regatta Benak Batang Lupar kini dibuka
  • SEMASA

Penyertaan Regatta Benak Batang Lupar kini dibuka

Utusan Sarawak 8 months ago
KENANGAN… Gambar fail ini menunjukkan para pasukan bersaing untuk merebut gelaran Raja Sungai Regatta Benak Batang Lupar bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman pada tahun lepas.

SIMANGGANG: Penyertaan acara Regatta Benak Batang Lupar bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2024 dari 15 hingga 17 November ini nanti kini dibuka kepada orang ramai.

Menurut jurucakap Regatta Benak Batang Lupar menerusi satu kenyataan media, 14 acara yang bakal dipertandingkan nanti bakal menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM147,770 kepada pemenang.

Antara acara tersebut ialah Bidar 8 (Akhir), Bidar 10, 15, 20, 15 Lelaki/15 Wanita, 25, 30 (Raja Sungai), Pecut 10, 15, 20, 25, 30 (Raja Pecut), ‘Unlimited Marathon’ dan Luncur Benak.

“Daripada jumlah hadiah wang tunai berkenaan, RM25,000 akan ditawarkan kepada mana-mana pasukan yang berjaya merebut gelaran Raja Sungai Regatta Benak Batang Lupar,” katanya.

Tarikh penjualan borang, katanya, akan mula dibuka pada 1 Oktober dengan tarikh tutup penyertaan adalah 6 November, 9.00 pagi.

“Borang manual acara Regatta Benak Batang Lupar ini nanti boleh juga didapati dengan menghubungi Awang Irwandy Awang Yaman di talian 0108226004,” katanya.

Terdahulu, Pasukan Burung Garuda dari Pusa, Betong telah pun diumum sebagai Raja Sungai Regatta Benak Batang Lupar bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman pada tahun lepas.

Kemenangan berkenaan membolehkan, Burung Garuda milik tuan perahunya, Mawar Poi telah membawa pulang Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Sarawak, piala iringin dan wang tunai RM12,000.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ibu gagal jejaki dua anak disyaki mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar
Next: Usaha sama pemilik tanah boleh ubah taraf hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.