KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Powergen Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM50.94 juta daripada NL Builder Sdn Bhd dan Avos (Malaysia) Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata subkontrak daripada NL Builder itu bernilai RM19.34 juta dan membabitkan pembinaan tembok sungai dari Kampung Lintang ke Kampung Tupong, Kuching, Sarawak, dalam tempoh 20 bulan.
Sementara itu, kontrak daripada Avos (Malaysia) adalah untuk pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur bagi Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending sebagai sebahagian daripada projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), bernilai RM31.60 juta, juga selama 20 bulan.
Kontrak ini dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham Citaglobal untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, 2025 dan 2026.
-BERNAMA