Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan SK Melayu Pusat raih pingat pertandingan Junior Innovate 2024 (Zon Utara)
  • WILAYAH

Pasukan SK Melayu Pusat raih pingat pertandingan Junior Innovate 2024 (Zon Utara)

Utusan Sarawak 8 months ago
PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN… Pasukan SK Melayu Pusat Limbang yang meraih perak pada Junior Innovate 2024 (Zon Utara). 

LIMBANG: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat (SKMEP) terus cemerlang setelah tersenarai antara sekolah rendah di zon utara  meraih pingat perak dalam pertandingan Junior Innovate 2024 (Zon Utara) di Pustaka Miri.

Jurucakap SK Melayu Pusat ketika berkongsi pencapaian itu dalam laman media sosial rasminya berkata, innovator cilik SKMeP ini terdiri daripada Adriana Batrisya  Saifurizal dan  Nurul Huda Batrisyia  Muhammad Herman (pasukan SKMeP Satu).

Sementara itu, pasukan SKMeP Dua terdiri daripada  Dapne Honey Bulan David dan Brenna Kaiser Chin.

Kedua-dua pasukan berkenaan dibimbing guru masing-masing iaitu Husnazilah Rashidi dan Jap Lee Sian.

“Kami sangat berbangga kerana mereka mampu bersaing dengan 95 pasukan yang bertanding.

“Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan  teruskan melakar kejayaan di masa hadapan,”kata kenyataan itu.

Junior Innovate 2024 berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 September lepas.

Kejohanan disertai 95 pasukan bertanding membabitkan 41 sekolah rendah di zon utara termasuk Miri, Limbang dan Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang halang laluan
Next: 200 murid, warga SK Siang-Siang sertai program kesedaran keselamatan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.