Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pustaka Sibu anjur seminar tingkatkan kesedaran SDG esok
  • WILAYAH

Pustaka Sibu anjur seminar tingkatkan kesedaran SDG esok

Utusan Sarawak 8 months ago
JOM SERTAI KAMI… Seminar Sarawak Lestari Siri 2 bertemakan ‘Kesejahteraan’, esok.

SIBU: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari Siri 2 bertemakan ‘Kesejahteraan’, esok.

Pustaka Sibu dalam satu kenyataan berkata, seminar tersebut dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Ia juga bertujuan mendidik orang awam tentang kepentingan 17 SDG dalam menangani cabaran global.

Katanya, seminar ini diadakan di premis Pustaka Sibu dan ia terbuka untuk tontonan umum melalui siaran secara langsung menerusi halaman Facebook Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.

Di samping itu, program tersebut turut memberi penekanan khusus terhadap tiga SDG iaitu Matlamat Ke-3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), Matlamat Ke-11 (Bandar dan Masyarakat Mampan) serta Matlamat Ke-16 (Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh).

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi di Sibu, termasuk Pejabat Kesihatan Sibu, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu.

Sesi pembentangan akan bermula pada 9.00 pagi dan dijangka selesai, 1.00 petang.

Pada sebelah petang, program akan diteruskan dengan lawatan ke Tempat Transit Gelandangan dan Destiny for Children Association bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu sosial.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar itu boleh menghubungi Fiona Ravia Asing di talian 084-315 200 (sambungan 221) atau Nur Faziella Syazmeen Hasli 084-315 200 (sambungan 229).

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCI kongsi misi bersama meskipun terletak di kawasan berbeza
Next: Kerajaan Sarawak tidak pinggirkan masyarakat di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.