Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rapid Bus hantar 25 bas bagi kegunaan atlet, pegawai Para SUKMA
  • NASIONAL

Rapid Bus hantar 25 bas bagi kegunaan atlet, pegawai Para SUKMA

Utusan Sarawak 9 months ago
RAPID Bus dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua bas ‘single deck’ itu dihantar menggunakan kapal laut yang akan berlepas dari Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di Pelabuhan Klang pada 6 September dan dijangka tiba di Kuching pada 13 September.

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku rakan kongsi rasmi Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan menghantar 25 bas ke Sarawak untuk kegunaan atlet para dan pegawai sepanjang berlangsungnya temasya sukan itu.

Rapid Bus dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua bas ‘single deck’ itu dihantar menggunakan kapal laut yang akan berlepas dari Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di Pelabuhan Klang pada 6 September dan dijangka tiba di Kuching pada 13 September.

“Bas-bas yang dihantar itu mempunyai ciri akses universal iaitu mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai ruang luas bagi memudahkan pergerakan atlet-atlet Para SUKMA berkerusi roda.

“Di samping itu, bas-bas itu juga mempunyai ruang dalaman yang luas, yang dapat memuatkan lebih ramai penumpang,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Ku Jamil Zakaria menerusi kenyataan itu berkata jalinan kerjasama antara Rapid Bus dan kerajaan Sarawak menunjukkan komitmen Rapid Bus dalam menghargai sumbangan komuniti OKU bagi pembangunan negara termasuk bidang sukan.

Sebanyak 44 petugas Rapid Bus terdiri daripada 30 kapten bas serta 14 staf sokongan akan tiba di Kuching secara berperingkat pada 13 dan 15 September ini dan kapten bas akan diberi latihan terlebih dahulu mengenai laluan bas di sana.

Para SUKMA 2024 Sarawak dijadual berlangsung pada 22 hingga 28 September ini. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah – Steven Sim
Next: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM diumum esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.