SIBU: Program integrasi dan pemodenan rangkaian CelcomDigi yang bakal dilaksanakan melibatkan kawasan sekitar Mukah, Dalat, Balingian, Matu dan Daro.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkongsi Notis CelcomDigi di facebooknya, hari ini.
Notis itu memberitahu, program integrasi dan pemodenan rangkaian ini merupakan sebahagian usaha penggabungan dan penaiktarafan rangkaian CelcomDigi untuk memenuhi keperluan kesalinghubungan Malaysia pada masa hadapan.
Program integrasi dan pemodenan ini akan dijalankan secara berperingkat dan bakal meningkatkan lagi pengalaman rangkaian secara keseluruhan di seluruh negara.
Setelah selesai kerja-kerja tersebut, pelanggan akan menikmati liputan rangkaian yang lebih luas di seluruh negara, dengan liputan di dalam bangunan (indoor coverage) yang lebih baik.
Pengalaman rangkaian berkualiti tinggi dan konsisten yang memberi kelajuan lebih tinggi.
Aktiviti integrasi dan pemodenan dijalankan mulai 30 Ogos hingga 6 September 2024.
“Kami menjangka mungkin terdapat gangguan perkhidmatan rangkaian dalam jangka masa tersebut.
“Kerja-kerja pengoptimuman akan menyusul bagi menambahbaikkan kualiti rangkaian secara menyeluruh.
“Kerja-kerja yang terangkum di bawah program ini akan melibatkan sejumlah 122 tapak rangkaian dari Celcom dan Digi di kawasan yang terlibat,” kata notis itu.
Oleh AKUN GIMAN