Lima sekeluarga maut pesawat terhempas

Facebook
WhatsApp
KEADAAN pesawat yang terhempas di lokasi • Foto AFP

NEW YORK: Lima sekeluarga maut apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di Georgia, menurut laporan media tempatan, semalam.

Keluarga terbabit dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis pengebumian di Indiana dengan menaiki pesawat Piper 31T, ketika tragedi itu berlaku, lapor Agensi Anadolu.

Juruterbang yang juga pemilik pesawat itu, Larry Ray Pruitt, bersama isterinya dan tiga anak mereka terkorban dalam nahas berkenaan, kata pegawai. – Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara