10 maut ribut landa wilayah KwaZulu-Natal di Afrika Selatan

Facebook
WhatsApp
KEADAAN kediaman yang musnah akibat ribut yang melanda di Afrika Selatan. FotoAFP

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 10 orang maut susulan hujan lebat yang melanda  wilayah KwaZulu-Natal, timur Afrika Selatan baru-baru ini, menurut pihak berkuasa, semalam.

Hujan lebat, angin kencang dan ribut hujan batu melanda sebahagian wilayah itu pada Ahad malam dan Isnin menyebabkan kerosakan besar kepada kediaman dan infrastruktur, lapor Xinhua.

Kerajaan wilayah KwaZulu-Natal menerusi kenyataan di akaun media sosial rasmi memaklumkan delegasi pihak berkuasa telah melawat kawasan uThongathi di utara Durban untuk menilai kerosakan dan menyediakan bantuan.

Hujan lebat turut menjejaskan kawasan lain di sekitar Durban, termasuk Umgababa, Durban Central dan bahagian barat bandar berkenaan. – Bernama – Xinhua