Bekas bintang bola sepak Amerika O.J. Simpson meninggal dunia

Facebook
WhatsApp
BEKAS bintang bola sepak Amerika, O.J. Simpson

LOS ANGELES: O.J. Simpson, bekas bintang bola sepak Amerika yang didakwa membunuh bekas isterinya dan rakan wanita itu  dan kemudian dibebaskan, meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser menurut keluarganya pada Khamis, lapor Xinhua.  

“Pada 10 April, bapa kami Orenthal James Simpson, meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser,” kata keluarga Simpson dalam hantaran di laman X (dahulunya Twitter) sambil menambah  beliau dikelilingi anak-anak dan cucu-cucunya.  

Semasa waktu peralihan ini, keluarga mendiang memohon supaya privasi  mereka dihormati dalam hantaran itu.

Simpson dilaporkan meninggal dunia di Las Vegas, Nevada sebuah negeri dalam Amerika Syarikat. 

Bekas bintang itu memegang banyak rekod dalam Liga Bola Sepak nasional (NFL) dan merupakan seorang daripada “running back” terbaik dalam sejarah liga itu. 

Bagaimanapun, Simpson menghadapi cabaran berhadapan sistem perundangan dalam dekad sebelum ini  terutamanya pada 1995 apabila beliau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bekas isterinya Nicole Brown Simpson dan rakan lelakinya Ron Goldman pada 1994.

Pada 2007, Simpson mengetuai sekumpulan lima lelaki untuk merompak sebuah hotel dan kasino di Las Vegas apa yang beliau dakwa sebagai memorabilia sukan miliknya. Beliau dijatuhkan hukuman 33 tahun penjara dan dibebaskan dengan parol pada 2017 selepas berada dalam penjara di Nevada selama hampir sembilan tahun.  – Bernama – Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos