Jaul adakan lawatan kerja ke MPP

Facebook
WhatsApp
DATUK Amar Jaul Samion ketika mengadakan tinjauan dan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Pedawan (MPP) bagi memantau pelaksanaan SOP berkaitan PKPB di MPP di Padawan,semalam.

KUCHING: Pengoperasian harian Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Usaha tersebut dilakukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan MPP.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion mengadakan tinjauan dan lawatan kerja ke MPP bagi memantau pelaksanaan SOP berkaitan PKPB.

Beliau diiringi Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang dan beberapa ketua jabatan serta pegawai kerajaan negeri.

Semasa lawatan tersebut, Jaul turut melalui SOP PKPB seperti proses memeriksa suhu badan, membersihkan tangan menggunakan cecair pembersih tangan dan mempraktikan penjarakan sosial di dalam kawasan pusat khidmat MPP.