Bayi masih bertali pusat dibuang dalam belukar ditemukan hidup 

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ACP Ahsmon Bajah mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bayi perempuan itu dan kes kini dalam siasatan pihak polis.

KUCHING: Seorang bayi yang masih hidup ditemui berhampiran pokok pisang di tepi jalan berhampiran kawasan belukar di Bandar Baru Semariang, Cahaya Damai, Santubong di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bayi perempuan itu dan kes kini dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, tular menerusi rakaman video di laman sosial menunjukkan seorang wanita warga emas sedang membalut bayi yang masih bertali pusat itu dengan tuala sambil dikelilingi penduduk kampung yang kecoh dengan penemuan bayi tersebut.

Dalam klip video yang tular itu, bayi tersebut dipercayai dijumpai penduduk sekitar 9.00 pagi, semalam.

Bayi ditemui menangis didapati digigit semut kemudiannya dibawa ke kedai makan berhampiran untuk ditenangkan oleh wanita tersebut.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dengan ambulans  untuk pemeriksaan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Empat buruh positif dadah ditahan di Lawas

TANGKAPAN DADAH….suspek yang positif dadah ditahan untuk tindakan lanjut. Foto IPD Lawas LAWAS: Sepasukan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia