KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengadakan sambutan Hari Integriti peringkat KKD 2023 , hari ini.
Sambutan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks KKD di Putrajaya itu, akan dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Turut hadir ialah pegawai kanan dan warga kerja kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KKD.
Majlis sambutan itu akan disiarkan secara langsung di Facebook KKD.
Sambutan berkenaan bersempena Hari Integriti Nasional pada 5 November dan Bulan Integriti Nasional 2023 bertemakan Integriti Citra Malaysia MADANI sepanjang bulan ini.
Bulan Integriti Nasional menyaksikan penganjuran pelbagai program dan aktiviti, bertujuan memantapkan pembudayaan nilai-nilai tadbir urus, integriti dan anti-rasuah. – Bernama