RENAULT akan meneruskan operasi pasukan mereka dalam Kejuaraan Formula Satu (F1) Dunia sekalipun mengumumkan hampir 15,000 hilang pekerjaan kesan kejatuhan jualan kenderaan.
Pengilang dari Perancis, yang kembali ke F1 pada 2016 selepas lima tahun tidak mengambil bahagian berkata perubahan akan datang pada had perbelanjaan sukan akan membantu mereka untuk terus bersaing.
“Kami memberitahu kepada umum dan mengesahkan kami berhasrat untuk kekal di Formula Satu,” kata Ketua interim Renault, Clotilde Delbos.
“Berita mengenai had pengajian baru dalam terma pelaburan adalah sangat bagus buat kami, kerana kami kurang penggunaan dalam bahagian ini berbanding beberapa persaing kami yang sanggup membelanjakan wang yang banyak.
“Jadi kami akan terus kekal di Formula Satu.”
Renault turut menyediakan enjin buat kereta F1 McLaren, sebelum Mercedes akan mengambil alih tahun depan.
Pasukan itu masih menantikan kemenangan pertama sejak kembali dalam sukan permotoran itu, sekali pun mereka menamatkan saingan di tempat keempat kedudukan pengeluar pada 2018 dan kelima tahun lalu.
Renault belum lagi mengumumkan pengganti bagi pemandu Australia, Daniel Ricciardo dengan bekas pemandu Red Bull bersedia untuk ke McLaren pada 2021.
USAHA Formula Satu (F1) untuk mengambil langkah penjimatan diluluskan oleh badan induk sukan permotoran Persatuan Permotoran Antarabangsa (FIA).
Perubahan dalam aspek sukan, teknikal dan undang-undang kewangan diluluskan selepas undian secara talian menerusi mesyuarat majlis permotoran dunia.
“Ia berikutan keperluan bagi mengurangkan kos dan langkah penjimatan untuk sukan itu susulan pandemik Covid-19,” kata jurucakap badan induk berkenaan dalam satu kenyataan.
F1 sebelum ini bersetuju mengurangkan bajet untuk musim 2021, namun perancangan baharu itu akan diteruskan pada masa depan.
Jumaat lalu, kesemua pasukan melakukan undian untuk bersetuju dengan perancangan bajet rendah yang akan diperkenalkan tahun depan dari $30 juta (RM130.76 juta) kepada $145 juta (RM632.0 juta) iaitu sekitar 114 juta pound (RM610.1 juta) setahun, termasuk pengurangan kos pada tahun-tahun berikutnya.
Saingan musim 2020 masih belum dapat diadakan angkara pandemik itu yang menyebabkan 356,000 kematian di seluruh dunia.
Kesepakatan juga telah dicapai yang menyaksikan semakin rendah kedudukan sesebuah pasukan itu di kedudukan pengeluar, semakin banyak masa yang akan mereka peroleh untuk menggunakan terowong angin bagi meningkatkan kualiti jentera pada tahun berikutnya.
FIA juga meluluskan langkah untuk menghadkan keupayaan jentera pada 2021.-AFP