Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Rumah terbakar, dua penghuni sempat selamatkan diri
  • KEMALANGAN

Rumah terbakar, dua penghuni sempat selamatkan diri

Utusan Sarawak 2 years ago
Salah satu bahagian dalam sebuah rumah struktur kekal (E-Kasih) terbakar 90 peratus di Lot 714 B Kampung Narum, Marudi, malam tadi.

MARUDI: Dua penghuni sebuah rumah sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran di Lot 714 B Kampung Narum, Marudi di sini, malam tadi.

Komander Operasi PBK I KUP Iskandar Aus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.44 malam.

Menurutnya, seramai lima anggota bomba dari Balai Bompa dan Penyelamat (BBP) Marudi bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal (E-Kasih) terbakar 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini menerusi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak.

Iskandar berkata, semasa kejadian dua penghuni masing-masing lelaki berusia berasal dari kampung tersebut sempat keluar dari rumah menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Turut berada di lokasi kejadian, Pegawai Kanan PPgB Maureen Sim Ah Lian, PBK I Nasir Razali dan dua agensi lain yang terlibat ialah dua kakitangan Sarawak Energy Berhad (Sesco) serta sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Continue Reading

Previous: Kuaters lama PPD musnah terbakar
Next: Wanita maut, teman lelaki cedera dilanggar lari pikap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.