Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jepun sumber inspirasi Sarawak perkasa operasi pelabuhan
  • TEMPATAN

Jepun sumber inspirasi Sarawak perkasa operasi pelabuhan

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Biro Pelabuhan dan Pelabuhan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pelancongan Jepun (MLIT) Inada Mashiro di Tokyo, semalam. Turut mengiringi beliau, dua Timbalan Menterinya, Dato Majang Renggi dan Ir. Aidel Lariwoo

KUCHING: Jepun dijadikan sumber inspirasi Sarawak untuk memperkasakan operasi pelabuhan negeri.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada kunjungan hormatnya kepada Ketua Pengarah Biro Pelabuhan dan Pelabuhan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pelancongan Jepun (MLIT) Inada Mashiro di Tokyo semalam berkata, pertemuan menjerumus kepada perkongsian pandangan berkaitan pemerkasaan operasi pelabuhan.

Antara intipati pertemuan termasuklah membincangkan pengurangan kos pengangkutan, penggunaan teknologi baharu selain kecekapan pengurusan pelabuhan secara keseluruhan.

“Jepun mempunyai lebih daripada 1,000 pelabuhan.

“10 daripadanya diklasifikasikan sebagai Pelabuhan Strategik Pukal Antarabangsa.

“Dua pelabuhan dijadikan Hab Kontena Antarabangsa dan 100 lagi adalah pelabuhan utama.

“Selebihnya adalah pelabuhan kecil yang diuruskan oleh wilayah masing-masing terutamanya berkaitan dengan perikanan dan operasi kargo yang lebih kecil,” katanya.

Justeru, katanya, pengalaman luas dan kejayaan Jepun dalam pengurusan pelabuhan begitu bernilai kepada kerajaan Sarawak.

Uggah yang diiringi dua Timbalan Menterinya, Dato Majang Renggi dan Ir. Aidel Lariwoo pada lawatan itu turut teruja melihat potensi kerjasama dengan MLIT dalam memperkukuhkan operasi pelabuhan Sarawak untuk lebih cekap dan berdaya saing dalam masa terdekat.

Katanya dalam satu kenyataan, komitmen Jepun terhadap penambahbaikan progresif, penggunaan mampan dan pengeluaran adalah sejajar Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Sarawak.

Perbincangan juga tertumpu kepada peningkatkan kecekapan pelabuhan sebagai komponen utama untuk menggalakkan kecekapan global.

Jelasnya lagi, Inada turut berkongsi sejarah pelabuhan Jepun dan hala tuju dasar dua hala pada kunjungan hormat itu.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak serta rombongan turut dibawa melawat ke salah satu daripada 10 Pelabuhan Strategik Pukal Antarabangsa di Onahama.

Beliau dan rombongan walaubagaimanapun hari ini meneruskan lawatan ke salah satu daripada dua Hab Kontena Antarabangsa strategik di Yokohama.

Continue Reading

Previous: Ops Cabut: Iklan tanpa kelulusan disabitkan kesalahan boleh dihukum denda – MPP
Next: Pembeli rumah tarik nafas lega peroleh CCC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.