TOKYO: Sekurang-kurangnya 264 penerbangan dibatalkan di Jepun berikutan Taufan Khanun yang semakin menghampiri negara itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK, hari ini.
Taufan itu dijangka membadai wilayah barat daya Okinawa dan Amami hari ini hingga esok.
Japan Airlines membatalkan 67 penerbangan hari ini, manakala All Nippon Airways membatalkan 73 penerbangan pada hari yang sama dan 124 penerbangan lagi, esok.
Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk Okinawa dan Amami bahawa Taufan Khanun boleh mencetuskan tanah runtuh dan banjir serta ombak tinggi. – Bernama – Sputnik