Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2023 berteraskan kelestarian alam sekitar
  • TEMPATAN

Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2023 berteraskan kelestarian alam sekitar

Utusan Sarawak 2 years ago
UNTUK ALBUM… Angie Kueh (dua, kanan) merakam kenangan bersama Augustine C.H Wong (dua, kiri), Louis Ting (kanan) dan Alex Ting Kuang Kuo (kiri). 
 
 

KUCHING: Pemaju hartanah dan pemilik projek digalak membangunkan industri hartanah berteraskan agenda kelestarian alam sekitar kerajaan Sarawak.

Pengerusi Penganjur Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Angie Kueh berkata, kriteria penilaian untuk Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2023 diselaraskan untuk memastikan piawaian penilaian mencerminkan agenda hijau kerajaan negeri.

“Kriteria penilaian memberikan wajaran kepada reka bentuk hijau, strategi dan program untuk menggalakkan pemaju hartanah dan pemilik projek.

“Pemaju hartanah dan pemilik projek yang memberi tumpuan kepada faedah yang diberikan oleh peralihan kepada kelestarian alam sekitar akan melihat pembangunan di pelaburan dan ekonomi negeri,” katanya pada sidang media Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2023 di Pejabat SHEDA di sini, hari ini. 

Beliau berkata, meningkatkan pengeluaran perkilangan negeri adalah penting untuk mengurangkan pergantungan kepada turun naik harga komoditi global yang mempunyai kesan ke atas harga rumah di Sarawak.

Dalam pada itu, penyampaian anugerah akan diadakan pada Majlis Makan Malam Gala SHEDA pada 25 November depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Turut hadir, Presiden SHEDA Augustine C.H Wong, Timbalan Presiden SHEDA Louis Ting dan Penasihat merangkap Mantan Presiden SHEDA Dato Ir Alex Ting Kuang Kuo.

Oleh NICKELYSON LAKUN 

Continue Reading

Previous: Hospital Umum Sarawak cari waris Chia Swee Siong
Next: Ekspo Pendidikan Sarawak di 45 daerah 8 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.