Penutupan sementara satu lorong WPC02 hingga 5 Julai ini

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Satu lorong melibatkan WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) akan ditutup sementara mulai hari ini hingga 5 Julai ini.

Menurut pihak Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan sementara satu lorong bermula 10.00 pagi tadi bagi kerja-kerja membaik pulih lintasan paip air.

Lokasi terlibat ialah bahagian lorong laju di kawasan Kampung Sepadah CH61+018 (KM91.3), bahagian lorong perlahan di kawasan Kampung Sungai Pinang CH84+500 (KM115.17) dan bahagian lorong laju di seberang simpang Kampung Sungai Pinang CH85+600 (KM116.27).

Para pengguna jalan raya terlibat disarankan untuk merujuk Lampiran A bagi bahagian lorong laju di kawasan Kampung Sepadah CH61+018 (KM91.3), Lampiran B – bahagian lorong perlahan di kawasan Kampung Sungai Pinang CH84+500 (KM115.17) dan Lampiran C melibatkan bahagian lorong laju di seberang simpang Kampung Sungai Pinang CH85+600 (KM116.27).

Susulan kerja-kerja membaik pulih berkenaan, pihak Pejabat JKR Sarawak mengingatkan para pemandu agar berhati-hati dan mematuhi segala pengurusan trafik dengan perhatian khusus sepanjang tempoh pelaksanaan terutamanya di kawasan-kawasan terlibat.

Selain itu, pengguna jalan raya di kawasan-kawasan terlibat juga disarankan untuk merancang perjalanan masing-masing.

Turut dimaklumkan menerusi kenyataan ialah sebarang perubahan pada tarikh dan kawasan terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumkan oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara kerja-kerja berkenaan.

Orang ramai dialu-alukan untuk berhubung dengan pihak Pejabat JKR Sarawak menerusi Talikhidmat di talian 082-203199 atau pihak WPC02 082-682803 bagi sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik di lokasi terbabit.

KITA BERBEZA, ITULAH HAKIKAT

Kita dilahirkan di bumi yang sama, bernaung di bawah langit yang satu, menghirup udara yang sama dan menjalani kehidupan yang