Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lenggong dicadang jadi Geopark Kebangsaan
  • NASIONAL

Lenggong dicadang jadi Geopark Kebangsaan

Utusan Sarawak 5 years ago

LENGGONG, 29 Mei -- Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (kanan) berbual dengan Exco Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud (kiri) ketika mengadakan lawatan kerja dan mendengar taklimat mengenai cadangan Georpark Kebangsaan di Lenggong di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (kanan) berbual dengan Exco Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud (kiri) ketika mengadakan lawatan kerja dan mendengar taklimat mengenai cadangan Georpark Kebangsaan di Lenggong di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong di sini semalam.

LENGGONG: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang mewujudkan Geopark Kebangsaan seluas 1,762.71 kilometer persegi di sini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerana ia mempunyai pelbagai tarikan semula jadi.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jika direalisasikan, pembangunan Geopark Lenggong akan menjadi yang kedua di Perak selepas yang pertama iaitu Geopark Lembah Kinta dekat Ipoh pada 2018.

Shamsul Anuar berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama kerajaan negeri bagi tujuan itu  kerana Lenggong juga merupakan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Pembangunan di sini berbeza dengan geopark yang lain kerana kita akan gabungkan pembangunan dan penjenamaan secara mampan supaya ia mendapat pengiktirafan di peringkat global.

“Apa yang menarik Lenggong mempunyai elemen dan ciri-ciri yang tersendiri seperti gua, tasik dan rekreasi,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan taklimat cadangan pembangunan Geopark Lenggong di Pejabat Daerah dan Tanah di sini semalam.

Shamsul Anuar yang juga Ahli  Parlimen Lenggong berkata, pembangunan kawasan itu nanti akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong sebagaimana di Sarawak dan Pulau Langkawi. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: KPDNHEP Melaka rampas barangan lebih RM300,000
Next: Tujuh rumah di Taman Kelab Ukay retak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.