Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Sarawak rampas dadah bernilai RM1.8 juta
  • JENAYAH

Polis Sarawak rampas dadah bernilai RM1.8 juta

Utusan Sarawak 2 years ago
DIRAMPAS… Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

KUCHING: Polis Sarawak berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan seorang lelaki dan merampas dadah seberat 52,516 gram bernilai lebih RM1.8 juta selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Batu Kawa di sini, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, suspek yang merupakan seorang penganggur telah dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dadah jenis syabu sejak April lalu.

Katanya, dadah dikirim melalui perkhidmatan kurier oleh ahli sindiket yang berada di Semenanjung Malaysia manakala suspek akan menghantar dadah ke lokasi yang diarahkan melalui telefon.

”Pasaran adalah untuk sekitar Daerah kuching dan daerah-daerah berdekatan. Rampasan dadah syabu seberat 52,516 gram ini boleh digunakan oleh seramai 262,550 kali penggunaan,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin di sini, hari ini.

Tambahnya, menerusi serbuan tersebut pihak polis turut menyita sebuah kereta di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.

”Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mempertingkatkan usaha bagi memerangi kegiatan pengedaran dadah.

“Dengan menangkap ahli sindiket atau individu yang terlibat, serta melumpuhkan sumber bekalan dadah, kewangan dan aset mereka bagi memastikan kegiatan pengedaran dadah dibanteras habis-habisan,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Guru lepas,bebas pertuduhan amang seksual tanpa bela diri
Next: Peniaga rugi RM1.4 juta ditipu pelaburan mata wang kripto

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.