Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Anak syarikat Genting Malaysia, Resorts World Miami lupus tanah di Miami bernilai AS$1.225 bilion
  • BISNES

Anak syarikat Genting Malaysia, Resorts World Miami lupus tanah di Miami bernilai AS$1.225 bilion

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Genting Malaysia Bhd (GenM) Resorts World Miami LLC telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Smart Miami City LLC untuk pelupusan empat bidang tanah di Miami dengan sejumlah tunai AS$1.225 bilion atau RM5.43 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, GenM berkata, tanah itu yang secara kolektif dikenali sebagai Miami Herald Land berkeluasan kira-kira 673,691 kaki persegi atau 6.26 hektar, terletak berhampiran dengan kawasan komersial, kediaman dan membeli-belah di Miami, Florida.

Katanya cadangan pelupusan itu memberi peluang kepada GenM untuk memanfaatkan pertumbuhan pasaran dan merealisasikan nilai penting dalam aset bukan teras pada harga yang menarik serta meningkatkan kedudukan tunai syarikat.

“Ini memberikan GenM fleksibiliti kewangan untuk operasi dan pelaburan masa depannya,” kata GenM.

Berdasarkan pertimbangan pelupusan, GenM dijangka memperoleh anggaran keuntungan daripada penjualan sebanyak AS$967 juta (bersamaan RM4.29 bilion)

“Hasil tunai yang akan dijana daripada cadangan pelupusan itu bertujuan digunakan untuk tujuan korporat dan pelaburan am, termasuk pembiayaan pelaburan masa depan,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bintulu Port catat kenaikan pendapatan operasi
Next: Tiada tarikh ditetapkan untuk pengambilalihan Pelabuhan Bintulu – Pengerusi BPHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.